Malang tidak berbau

 Reminder to self (again)

malang tidak berbau - peristiwa kemalangan pada16 Mac 2022 di kawasan taman perumahan sendiri


banyak spare part kena ganti...faham-faham saja, sekarang ni masalah logsitik seluruh pelabugan di dunia, maka natijahnya...tunggu lama la nak siap


alternatif yang ada ialah pinjam/sewa kete. aku google dan terjumpa satu aplikasi "Trevo". sgak menarik sebab ianya berunsur "perkongsian" (car sharing).

Setelah mencuba 3 kereta yg berbeza sepanjang 2 minggu, ini kesimpulan aku:


1. sangat mudah untuk menyewa. pilih kete dan bayar. pilih untuk ambil sendiri dari "Host" atau minta Trevo uruskan kereta dihantar oleh "dasher" ke destinasi kita sebagai "Guest"

2. ada promo kod yang menarik, jadi kadar sewa menjadi lebih murah

3. tiada deposit

pengalaman kurang menarik:

1. Trevor gagal urus dasher untuk hantar kereta ke-4. terpaksa amik garb dan amik sendiri

2. ada caj kalau kita batalkan tempahan, jadi hati-hati terutama kalau host yg minta batalkan

3. urusan dengan dasher (hantar/ambil) hanya diaktifkan 2 jam sebelum waktu pengunaan. Jadi agak kelam kabut jika Trevor tidak dapat pengesahan dari dasher yg sedia terima "job", sebab dasher akan berubah-ubah.


apa-apa pun, aku berpuas hati setakat ini dengan servis yang ditawarkan.

No comments: