Refleksi perjalanan hidup




 1 Muharram 1434H

Selasa 10 Ogos 2021

Tanpa kusedari, ini lah saat aku paling kecewa dalam sedih. Kawanku membuat panggilan WA sehari sebelumnya, untuk memaklumkan berita pilu namun Aku memilih untuk tidak menjawab panggilan beliau kerana sedang bermesyuarat. 


Aku tiba-tiba sedar kawanku ingat meluahkan perasaan “numb” kerana Baru saja kehilangan isteri tercinta di ICU Serdang. Aku membuat pilihan untuk menelefon beliau semula secepat mungkin. Betul telahanku! Beliau menangis kecewa dan pilu. Tiada kesempatan saat akhir untuk bersama isteri kerana kesemua ahli keluarga positif C19. Hanya video call dari doktor saat  sebelum isterinya menghembuskan nafas akhir.

Sedih. Amat pilu.

Bagaimana untuk Aku menjadi rakan yang berguna? Bersama saat diperlukan? Ah….


Berat mata memandang, pasti lebih berat bahu memikul

Aku cuba ke jabatan forensik untuk menemani adiknya untuk buat pengecaman dan urusan tayammum dan pengkebumian di tanah perkuburan yang ditetapkan. 

Alhamdulillah, selepas 4 jam semuanya selesai termasuk bantuan rakan kepada rakan pejabat membuat liputan “live” dari tanah perkuburan untuk tatapan anak-anak buat kali terakhir. Sedihnya. 


Aku sedar segalanya adalah ketentuan Ilahi. Namun, hati ini tidak dapat tidak merasa amat  bimbang dengan keadaan sahabatku dan keluarganya yg masih kuarantin di rumah. Moga beliau redha dan menerima semuanya dengan tabah dan kuat.


Hidup ini hanya sementara. Akhirat lah yg kekal Abadi selama lamanya.

# Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia

# inisiatif Box truck mengurus beberapa jenazah serentak


No comments: