As salaam para pembaca sekalian,
Pandemik Covid-19 telah mengubah segalanya. Tingkahlaku dan pola seharian kita semuanya berubah.
Hampir kebanyakan aktiviti biasa terhenti dan terbantut. Terutamanya aktiviti keluarga dan masyarakat, seperti melawati rakan dan ahli keluarga yang sakit, mendekatkan diri ke rumah ibadat untuk berdoa dan mendengar kata-kata hikmah dan motivasi, berlibur sambil merehatkan minda (melancong di dalam dan luar negara) dan banyak lagi.
Minda kita turut terjejas. Tiada siaran langsung acara sukan terkenal seperti golf (memasukkan bola ke dalam lubang) dan bola sepak (memasukkan bola ke dalam gawang). Tiada acara di peringkat daerah, negara ataupun di peringkat dunia. Tiada apa-apa pun yang berlaku....kecuali kita terkurung di rumah, sambil mendengar berita tentang covid-19 dimana-mana.
Tiada lagi keluar membeli-belah, menonton wayang di panggung atau makan bersama di restoran.
Sukar untuk kita menerima perubahan mendadak ini (walaupun diharapkan ianya hanya sementara).
Perkara rutin seperti memandu kenderaan ke tempat kerja, makan tengahari bersama rakan sekerja, menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah dan rumah penjaga, semuanya tidak lagi berlaku.
Kita hanya bangun dari tidur, membersihkan diri, dan bersedia untuk mengurus anak-anak di rumah dan seterusnya bersedia untuk bekerja di rumah.
Kini pandemik ini turut memberi kesan kepada ekonomi. Yang pasti, kesannya mungkin amat besar dan lebih teruk dari kejatuhan ekonomi pada sekitar 1998 dan 2008.
Kemelesetan ekonomi ini pasti amat panjang. Jadi, marilah kita bersedia. Berjimat cermat. Belanja apa yang perlu sahaja sekarang.
Awan mendung masih panjang. Moga kita dapat melihat matahari yang akan bersinar terang sedikit masa lagi. Dapatlah kita kembali memeluk ahli keluarga jauh dan dekat.
Ya Allah, permudahkan urusan kami, dan berikanlah kami petunjuk dan pedoman untuk kami hadapi ujian ini dengan tenang dan tabah.
Aminnn.
No comments:
Post a Comment