Hari ahad (19hb April) ini bukan lagi seperti hari hujung minggu yang biasa.
Hanya ada satu agenda saja hari ini...menunggu pakej dari Hong Kong yang dijangka dihantar oleh NinjaVan sebelum 10 malam.
Rasa malas untuk keluar membeli makanan bungkus pagi. Maka, hidangan pagi hanyalah karipap IKEA (penghantaran khas pada Jumaat) yg di goreng semula dan kopi CEO.
Mengisi waktu dengan membuat belon air (main belon air dengan si-lanang). dan menonton Netflix (Designated Survivor)...
ada satu bahagian di episod pertama, musim ke-2 yang menarik perhatian aku untuk menulis catatan ini.
apalah yg menarik untuk aku ceritakan tentang asal usulku kepada anak2 nanti?
Bapaku seorang pahlawan dan aktivis koperasi.
Datuk ku seorang guru agama.
Datuk datukku pula?...aku masih lagi mencari jawapan yang tepat....
Banyak perancangan 2020 yang masih manjadi tanda tanya...aku dan abang-abang sepupuku telahpun merancang 2 program keluarga untuk melengkapkan susur galur kami sejak Julai 2019.
Nama nya ialah Menelusuri Leluhur Legasi Kiayi Haji Ab Jabar (MLLJ)
Program pertama telah berjaya dilaksanakan Alhamdulillah - MLLJ1 Sawang, Pulau Kundur, Karimun selesai pada 25-27 Oktober 2019. Wakil keluarga kami yang turut serta ialah ibunda dan adik sulong kami, Dasuki.
Leluhur Kiayi Jabar ke Demak (MLLJ2 Demak) pula pada awalnya dijangka dilaksanakan pada awal tahun 2020. Namun, keluarga Haji Taufik (Kundur) mencadangkan tarikh sekitar Sep atau Oktober 2020.
Tentatif program:
- 4 Hari 3 Malam
- Laluan: KLIA-Semarang-Yokjakarta-KLIA
- Kos penerbangan: AirAsia (sekitar RM400-500)
- Sewa bas & hotel: RM300
- Makan minum: RM300
- Jumlah maksima: 22 orang (1 bas mini)
- Pengurus: Haji Taufik
- Peyelaras: Ategaq Kam dan Sasman Yasir
Perbualana terakhir tentang program ini ialah pada 16 Feb 2020.
Kami kini tertumpu pada program sampingan iaitu lawatan ke Sawang untuk memantau kerja pembinaan Masjid KHAJ oleh penyelaras utama - Imam Zainal,Judin & Sasman pada 21 April (mungkin akan tertanggung atas sebab PKP).
Sumbangan pembinaan oleh ahli keluarga di Malaysia, Singapura & Indonesia...
Moga niat dan usaha kami melengkapkan susur galur KHAJ dapat diteruskan...walaupun mungkin akan mengambil masa yang lebih lama daripada jangkaan. Allah lebih mengetahui
Wallahu a’lam
Nota kaki:
Aku sebenarnya amat bersyukur atas nikmat Allah. aku masih ada pekerjaaan di sektor perkhidmatan dan pendidikan tinggi. Aku tidak tahu lagi apa nasibku selepas ini. Tapi syukur yang amat sangat. Boleh bekerja dari rumah. Masih dapat bantu menguruskan hal pelajar-pelajar universiti yang ter"sangkut" di kampus sepanjang PKP. Masih diminta untuk melapurkan jangkaan keupayaan syarikat menangani impak Covid-19.
Diberi peluang buat kali pertama membantu bos membentang unjuran kewangan pasca Covid kepada ahli lembaga pengarah pemegang saham utama (BHB).
Banyak yang aku boleh bersyukur di saat ramai yang lain masih tertanya-tanya apakah yg menanti mereka di kala negara bakal menghadapi kemelesetan ekonomi yang jauh lebih teruk dari krisis kewangan pada 1998-1999.
https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/7_Publication/Articles/20200405-Isu_dan_Berita_Bil_14_2020.pdf
#KitaMestiMenang
No comments:
Post a Comment