Ranjau 2024

 Ranjau secara kasarnya bermaksud duri dan halangan. juga "tipu muslihat yang tersembunyi". Saya terpanggil untuk menjadikan perkataan ini sebagai kata sorotan bagi tahun baru ini.


Siapa sangka tahun 2024 bakal merumuskan keadaan ekonomi rakyat yang semakin genting.


Antara perkara yang perlu diperhalusi oleh semua pemegangtaruh:


1. Kos perubatan dijangka meningkat 9.9% (sumber: WTW 2024 Global Medical Trend). AIA menyebut kenaikan lebih 23% premium pada 2024 atas faktor kenaikan kos ubatan dan kos rawatan.

2. Cukai perkhidmatan naik dari 6% ke 8% mulai Mac 2024 (sumber: Lembaga Hasil)

3. Nilai harta taksiran di peringkat kerajaan tempatan (Selangor) dikemaskini menggunakaan formula yang baru.

   Bandingan formula ialah kadar sewaan setahun, tapi secara kasarnya ada kenaikan antara 9 ke 10% daripada tahun lepas

4. Jangkaan kenaikan harga minyak petrol & disel pada kadar yg besar (antara 80 ke 100% - sumber: perkiraan peribadi), apabila program subsidi bersasar diperkenalkan (di jangka pada separuh kedua tahun atau lebih awal)   

5. 10% cukai dikenakan pada barangan nilai rendah

6. Harap sangat tiada kenaikan OPR oleh Bank Negara (Alhamdulillah, tiada kenaikan pada suku pertama)

7. Kenaikan ketara caj selenggara bangunan oleh kebanyakan JMB/Badan Pengurusan Bersama, antara 5% hingga 20%. Antara penyebab kenaikan ialah kenaikan kos letrik, dan kos berkaitan sumber manusia (akibat kesan gaji minima untuk pekerja rencam, pengawal keselamatan, dan pekerja yang menguruskan bangunan) 

8. Kenaikan caj pembentungan IndahWater dpd RM60 kepada RM72 utk 6 bulan selenggara

Senarai akan dikemaskini dari masa ke semasa

Tapi satu lagi faktor yang agak menakutkan ialah kesan depresiasi matawang ringgit yang menyebabkan kos barangan impot meningkat.

Pengusaha kecil & sederhana (SME) pula akan turut terkesan dengan polisi baru berkenaan E-invoicing (e-invois). perlu fikir tentang pematuhan, denda, jurang kemahiran dll

Efek dan kesan domino pastinya memberi tekanan dan beban tambahan kepada kos sara hidup  semua warga dan rakyat Malaysia.

4 kos utama:

1. Kos makanan

2. Kos utiliti - letrik, air, selenggara, majlis tempatan

3. Kos pengangkutan

4. Kos perubatan (jika tiada insuran) dan kos insuran

Selamat Berjimat Cermat!



No comments: