Tahun 2013, tahun yang sangat menggembirakan dan menyedihkan. Pada hari pertama sekolah, saya ke SMK Convent Kajang dan saya bersekolah di situ selama 15 hari sahaja. Selepas itu, saya menerima tawaran ke SMKA Maahad Hamidiah Kajang. Saya amat gembira malah sedih juga kerana terpaksa meniggalkan kawan rapat saya di Convent.
Saya ke SMKA Maahad Hamidiah Kajang pada 16 Januari dan di sana suasana sangat berbeza dengan sekolah menengah yang lain. Saya memakai tudung yang labuh...... XD Mula-mula memang lawak tetapi lama-lama saya tak rasa janggal lagi. Sekarang saya bersyukur sangat kerana mendapat peluang untuk memasuki sekolah ini. Saya masih berhubung dengan kawan rapat saya.
Semua ini dengan usaha ummi n abah,guru-guru saya di Convent, dan ustazah Farah kerana telah memberi sokongan kepada saya untuk berjaya. Termasuk Wan Ina yang telah membantu saya untuk memasuki sekolah ini.... TERIMA KASIH SEMUA : *
dan terima kasih ALLAH
: )
dan terima kasih ALLAH
: )
1 comment:
berterima kasihlah pada Allah. dengan izinNya, anda dapat bersama-sama guru-guru yang boleh membimbing anda ke arah menjadi Khalifah dan kemudiannya ke arah menjadi Pendakwah (pemimpin anak, keluarga sendiri mahupun umum). dan juga bersama2 rakan-rakan baru yang boleh menjadi pembantu, memberi motivasi untuk ke arah yang sama iaitu menjadi hamba Allah.
Post a Comment