Kemalangan serius

 16 Julai 


Selesai menikmati makan malam anjuran MIA, Aku terus memandu pulang ke Semenyih. 


Jam menunjukkan hampir 12 Tengah malam. Keadaan hujan renyai menyebabkan Jalan sesak dan keaadaan Jalan yang licin dan lecak. 


Aku cuba memecut di hiway SILK (tiga lorong) selepas melepasi tol Kajang, dan apabila menghampiri seleloh tahan di persimpangan Ramal, tiba-tiba kereta aku tidak dapat di kawal (tayar tidak mencengkam) dan aku menghentam dinding konkrit penghalang jalan dan berpusing beberapa kali.  Enjin Aku masih berbunyi tapi kereta telah berhenti di lorong paling kanan.


Kedua dua Airbag sudah terbuka. 

Sambil teraba raba Sebab hilang penglihatan, Aku matikan enjin. Aku mencari cermin mataku yg jatuh disebabkan impak rempuhan. 


Alhamdulillah selepas jumpa, aku keluar dan terus duduk di atas penghalang jalan. 

No comments: