Jumaat lepas, kami sekeluarga berangkat ke KB menaiki Airasia.
Abah mengajak kami menaiki KLIA Transit ke KLIA dan kemudiannya kami menaiki feeder bas ke LCCT, KLIA. Flight ke KB tergendala selama hampir 1 jam daripada jadual.
Sampai saja di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa jam 3.45 petang, pak Lang sudah menunggu dan terus membawa kami ke Kuala Besut, Terengganu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 50 minit. Sepanjang perjalanan, saya nampak banyak pintu gerbang yang menghiasi jalan-jalan masuk ke pejabat kerajaan, jalan besar termasuk juga tandas awam.
Kami meneruskan perjalanan ke arah Jerteh, melepasi Kg Raja untuk melawat adik sepupu saya, Husna.
Menu tengahari - Nasi Ulam berlaukan ikan haruan, ikan tawar (bakar) dan ayam goreng. Konsep - "self-service" . Tempat - Restoran Ikan Haruan - Nasi Ulam Cikgu, Muzium Kraftangan.Petang itu, kami mendaftar di Pasir Belanda Resort di Kampong Banggol, Jalan PCB yang merupakan chalet berkonsepkan rumah Melayu.
Saya berkenalan dengan 3 kawe Kelate.
Malamnya, kami menikmati ayam percik dan nasi kerabu di Restoran Yati di Jalan Long Yunus, KB. Lepas kekenyangan, kami menonton persembahan tarian dan lagu-lagu kebudayaan Kelantan di Gelanggang Seni, Pusat Pelancongan Kelantan.
Seronok betul! Antaranya ialah tarian Pohon Beringin, tarian Asyik iaitu salah satu jenis tarian istana, joget Kelate dan lain-lain lagi.
Hari ketiga, selepas sarapan pagi, saya belajar cara-cara membuat wau bulan.
Esoknya, kami berangkat balik ke KL.
Selamat tinggal Kota Bharu.....
No comments:
Post a Comment